Berita
Rajasekaren lawat mangsa ribut
SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr.P. Rajasekaren telah turun padang bagi melawat mangsa ribut tempoh hari.
Rajasekaren berkata, beliau bersama Ahli Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) telah menilai kerosakan yang berlaku.
“Proses baik pulih akan dijalankan dalam masa terdekat.
“Saya juga turut melakukan rondaan sekitar Sri Tanjung bagi melihat kesan pokok tumbang di kawasan sekitar.
“Terima kasih saya ucapkan kepada semua agensi yang terlibat kerana bertungkus-lumus membantu menyelesaikan masalah ini,” kata Rajasekaren.