Berita

Rajasekaren prihatin nasib keluarga daif

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G.Rajasekaren prihatin akan nasib yang menimpa sebuah keluarga di Kampung Bukit Tembok.

Rajasekaren berkata, satu lawatan telah dilakukan bagi melihat masalah yang menimpa mereka.

“Hasil lawatan tersebut mendapati kediaman yang mereka huni dalam keadaan yang tidak selamat kerana struktur rumah yang sudah uzur, bocor di bumbung rumah juga keadaan lantai yang tidak sempurna.

“Selain itu, mereka tidak mempunyai pendapatan tetap dengan menanggung anak-anak mereka yang masih bersekolah.

“Oleh sebab itu, bantuan makanan dan barangan keperluan diberikan melalui program kebajikan Wanita Keadilan Cabang Port Dickson.

“Di samping permohonan baik pulih rumah dengan kerjasama Pejabat Tanah dan Daerah Port Dickson.

“Dalam masa sama, pemantauan kesihatan klinik desa juga akan dilakukan bagi memastikan keluarga ini mendapat rawatan perubatan yang mencukupi.

“Nasib keluarga ini diketahui selepas mendapat laporan daripada seorang jururawat komuniti di sini,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button