Berita

Rajasekaren turun padang tinjau aduan pencemaran bau

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaren telah turun padang bagi meninjau aduan pencemaran bau.

Rajasekaren berkata, bau tersebut berasal daripada sebuah kilang proses baja kompos di kawasan itu.

“Ia membuatkan orang ramai berasa kurang selesa serta ia juga boleh berisikop untuk kesihatan.

“Selepas pemeriksaan dilakukan bersama dengan agensi kerajaan, kita mendapati bahawa kaedah pengurusan yang tidak mematuhi piawaian yang menyebabkan bau busuk tersebut terhasil.

“Selain itu, lokasi kilang yang berhampiran dengan kawasan perumahan dan sekolah juga menyebabkan ketidakselesaan kepada masyarakat.

“Tindakan undang-undang akan diambil terhadap kilang tersebut.

“Dalam pada itu, saya juga menyeru kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang aduan untuk menyalurkannya ke Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dengan cara menghubungi nombor telefon mereka, hadir ke pejabat atau melalui laman sesawang SISPAA,” kata Rajasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button