Berita

RM3.3 juta tunggakan sewa PPR Seremban

SEREMBAN: Lebih RM3.3 juta tunggakan sewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seremban yang masih belum diselesaikan.

Dato’ Bandar Majlis Bandaraya Seremban, Dato’ Masri Razali berkata, tunggakan tersebut melibatkan dua buah PPR iaitu di Pangsapuri Rakyat Seri Perdana Paroi dan Rumah Pangsa Kos Rendah Lobak.

“Notis penamatan perjanjian sewaan dan mengosongkan premis telah dikeluarkan yang akan berkuat kuasa pada 1 November ini.

“Pelbagai langkah telah diambil dan surat amaran telah dikeluarkan, namun masih tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak penyewa.

“Untuk makluman, tempoh perjanjian sewaan sebelum ini telah berakhir pada 31 Disember tahun lalu dan peringatan mengenai perkara ini telah dibuat melalui surat.

“Penyewa juga telah dimaklumkan bahawa premis sewaan mereka itu akan ditarik balik dan dikunci berkuatkuasa 1 Januari sekiranya mereka masih gagal menjelaskan bayaran tunggakan,” kata Masri.

Show More

Related Articles

Back to top button