Saiful dengar rintihan Orang Asal Kampung Air Lerek
JOHOL: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Saiful Yazan Sulaiman telah turun padang bagi mendengar rintihan Orang Asal di Kampung Air Lerek, Johol.
Saiful berkata, aktiviti itu diadakan dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang ASli (JPKKOA) dengan tujuan melihat cabaran berkaitan kemudahan di kampung itu.
“Selain mendengar rintihan, aktiviti ini juga adalah sebagai usaha untuk memastikan masyarakat Orang Asal tidak ketinggalan untuk terus bersaing dengan orang ramai.
“Dalam aktiviti yang sama juga, penekanan terhadap pendidikan anak Orang Asal juga turut diberikan perhatian untuk membina kerjaya yang baik.
“Oleh itu, saya berharap agar lebih ramai anak-anak Orang Asal ini terus bersemangat mencapai kemajuan dan mengubah perspektif masyarakat ke arah yang lebih positif dan berdaya saing,” kata Saiful.