Berita

SAINS juara Pesta Bola Ngoca

PILAH: Pasukan SAINS berjaya muncul juara Kejohanan Pesta Bola Ngoca bagi kategori lelaki.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, SAINS membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM15,000.

“Manakala bagi kategori perempuan pula, GERS’ A menjadi johan dan memperoleh wang tunai sebanyak RM8,000.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua pemenang dan semua 145 pasukan yang mengambil bahagian dalam pesta ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin juga merakamkan penghargaan kepada semua peserta acara lain sepanjang pesta bola ngoca diadakan dan semua urusetia penganjuran yang bertungkus lumus menjayakan program ini.

“Saya berharap Negeri Sembilan akan terus menjadi destinasi eko-pelancongan terkemuka di peringkat negeri dan negara,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button