BeritaMenarikProgram

Sambutan Hari Kelestarian Alam Negeri Sembilan pada 16 November di Seremban 2

SEREMBAN: Program Hari Kelestarian Alam Negeri Sembilan (HKANS) Tahun 2024 akan diadakan pada 16 November esok (Sabtu) bermula jam 7.00 pagi di City Park, Seremban 2, Seremban bertujuan untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat berkaitan kepentingan memelihara dan memulihara kelestarian alam dalam kehidupan seharian.

Menteri Besar, Dato’ Seri  Utama Aminuddin Harun berkata, program ini diadakan bagi meraikan pelbagai sambutan berkaitan kelestarian alam iaitu:

i. Hari Alam Sekitar Negara
ii. Hari Bumi
iii. World Environment Day
iv. Hari Biodiversiti Negara
v. Hari Hutan Antarabangsa
vi. Hari Sungai Negara
vii. World Cleanup Day.

“Pelbagai acara menarik akan diadakan untuk semua lapisan masyarakat seperti Zumba, pertandingan reka cipta, pertandingan mewarna, Jualan Rahmah , persembahan sketsa dan perkhidmatan jabatan-jabatan kerajaan termasuk pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan kenderaan, dan wellness on wheel.

“Program akan turut dimeriahkan dengan cabutan bertuah serta hadiah-hadiah lain.

“Pengunjung juga dialu-alukan untuk menjayakan kempen kitar semula seperti jualan minyak terpakai dan pengumpulan bahan kitar semula,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button