Berita

Sampah sarap dari restoren jadi punca banjir

SEREMBAN JAYA: Sampah sarap dari restoren menjadi punca kepada kejadian banjir di Jalan SJ 10/7, Taman Seremban Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren berkata, beliau bersama pegawai Unit Penyelenggaraan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah turun padang bagi mengenal pasti punca berlakunya kejadian banjir di kawasan tersebut.

“Kejadian banjir ini melibatkan Jalan SJ 10/7 dan ia berpunca daripada sampah sarap dari restoren yang berdekatan yang menyebabkan longkang ini tersumbat dan menjadi punca utama kepada kejadian banjir.

“Pihak MBS akan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button