Berita

Sekolah tempat lahirkan anak bangsa kita positif

CHUAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata bahawa sekolah merupakan tempat untuk kita melahirkan anak bangsa yang lebih positif.

“Karakter bangsa ini dapat diwujudkan dengan pengorbanan yang dilakukan oleh para guru kita hari ini.

“Selain itu, peranan ibu bapa dalam memberi kerjasama bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga amatlah penting.

“Ini supaya kita dapat menjadikan sekolah sebagai tempat untuk mengumpulkan komuniti setempat.

“Dalam masa sama, kita dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan kita dan menunjukkan sahsiah yang baik.

“Seterusnya menjadi ikutan oleh anak bangsa kita,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button