Berita

Jawatankuasa khas bakal ditubuhkan, selidik kilang haram

SEREMBAN: Sebuah jawatankuasa khas bakal ditubuhkan untuk melakukan kaji selidik ke atas kilang haram di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, jawatankuasa tersebut juga akan memastikan terdapat tindakan susulan yang boleh dilakukan kepada pemilik kilang haram.

“Selepas berbincang bersama ADUN yang lain, mereka juga bersetuju pemilik kilang haram ini diambil tindakan tegas.

“Oleh itu, saya meminta supaya pemilik kilang tampil ke pihak berkuasa untuk mereka memutihkan semula operasi mereka mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Tetapi sekiranya mereka tetap juga melakukan pemutihan seperti yang diminta, kita akan memberi mereka tindakan tegas kepada pemilik kilang,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button