Arul Kumar nasihat penjaja kecil ambil peluang perniagaan di MyKiosk

NILAI: 10 unit MyKiosk di Taman Bunga Raya, Mantin yang baru siap pada bulan April tahun ini telah diserahkan kepada 10 peniaga tempatan.
Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan, J.Arul Kumar berkata, kesemua penjaja tersebut telah mula berniaga kecuali seorang yang masih belum memulakan perniagaan walaupun surat tawaran telah diberikan sebulan lepas.
“Saya telah meminta kepada Majlis Bandaraya Seremban untuk menarik balik tawaran tersebut dan memberikan kepada peniaga lain.
“Ini yang saya nyatakan sebelum ini dimana walaupun pihak berkuasa tempatan telah menawarkan MyKiosk kepada peniaga tetapi ada juga ramai yang tidak mahu memulakan perniagaan.
“Di Taman Bunga Raya, hanya seorang peniaga sahaja yang masih tidak berminat untuk berniaga tetapi ada tempat MyKiosk lain masih ramai yang belum memulakan perniagaan.
“Sedangkan untuk lokasi-lokasi tersebut mereka sendiri yang memohon dan hadir proses temuduga.
“Kalau pemohon yang berjaya dalam temuduga tidak berminat untuk berniaga, kita berikan peluang perniagaan ini kepada pemohon lain,” kata Arul Kumar.