Terima Kasih Bukit Kepayang

Hari ini, dengan pembubaran DUN, berakhirlah satu penggal perjalanan yang penuh dengan suka duka, cabaran, pengorbanan dan kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam hati.
Daripada hari pertama diberikan amanah sehingga ke hari ini, setiap langkah, setiap program, setiap aduan, setiap pertemuan, dan setiap senyuman daripada rakyat Bukit Kepayang menjadi kekuatan untuk saya terus melangkah.
Terima kasih kepada seluruh warga Bukit Kepayang yang telah memberi peluang, kepercayaan dan sokongan sepanjang perjalanan ini.
Terima kasih kerana menerima saya bukan sekadar sebagai wakil rakyat, tetapi sebagai sebahagian daripada keluarga besar Bukit Kepayang.
Sudah tentu, masih banyak yang belum sempurna.
Saya memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahan sepanjang saya menjalankan amanah ini.
Namun satu perkara yang tidak pernah berubah — komitmen untuk terus berkhidmat dan berjuang demi rakyat.
Perjalanan ini mungkin memasuki lembaran baharu, tetapi kasih sayang, tanggungjawab dan perjuangan untuk Bukit Kepayang tidak pernah berakhir.
Daripada lubuk hati yang paling dalam — terima kasih Bukit Kepayang.
Perjuangan diteruskan. Kita belum selesai.
Nicole Tan Lee Koon
Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang




