Berita

Sesi dialog dan pertukaran pelajar India-Malaysia 2025: Jalinan mesra, budaya diperkasa

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren bersama Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, telah menghadiri jemputan khas sempena Sesi Dialog Pelancongan dan Pertukaran Pelajar Delegasi India-Malaysia 2025.

Gunasekaren berkata, tujuan utama sesi ini adalah untuk menggalakkan pertukaran budaya, perkongsian idea kepimpinan pelajar, serta mengukuhkan hubungan dua hala antara pelajar Malaysia dan India yang selari dengan semangat Komanwel yang dijunjung bersama.

“Dalam sesi penuh makna ini, delegasi pelajar dari Tamil Nadu, Punjab, Mumbai dan Gujarat diberi pendedahan mengenai keunikan budaya Negeri Sembilan seperti adat perpatih, seni muzik dan tarian tradisional serta aspek kehidupan masyarakat majmuk di Malaysia.

“Beliau juga telah berdialog secara mesra dengan para pelajar, yang menunjukkan rasa hormat dan minat mendalam terhadap nilai kebudayaan Malaysia.

“Ini membuktikan betapa seni dan budaya mampu menjadi jambatan penyatuan antara dua negara berdaulat.

“Sebanyak 51 pelajar telah hadir dalam program ini, dan mereka bukan sahaja menerima informasi yang berguna tentang Malaysia, tetapi juga berpeluang berkongsi perspektif serta pengalaman budaya mereka sendiri.

“Inilah langkah awal yang penting ke arah membina masa depan yang lebih inklusif dan saling menghormati,” kata Gunasekaren yang juga Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Muzium Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button