Berita

SJKT Ladang Senawang terima RM7,00 daripada Gunasekaren dan Cha

SEREMBAN JAYA: Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Senawang telah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren dan Ahli Parlimen rasah, Cha Kee Chin berjumlah RM7,000.

Gunasekaren berkata, beliau memberi sumbangan kewangan sebanyak RM2,000.

“Manakala, Cha Kee Chin memberi sumbangan sebanyak RM5,000.

“Sumbangan tersebut diberikan di Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi Tahun 6 SJKT Ladang Senawang.

“Pemberian sumbangan ini juga adalah untuk memberikan galakan kepada pihak sekolah supaya dapat mengadakan pelbagai program yang mampu meningkatkan kecemerlangan para pelajar.

“Secara tidak langsung, mereka dapat memberi sumbangan semula kepada Negeri Sembilan apabila sudah berjaya nanti,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button