Berita

SMA Gemas kekal 20 sekolah terbaik SPM 2023

GEMAS: Ahli Parlimen Tampin, Dato Mohd Isam Mohd Isa mengucapkan tahniah kepada Sekolah Menengah Agama (SMA) Gemas kerana berjaya mengekalkan kedudukan bawah 20 sekolah terbaik di Negeri Sembilan dalam keputusan SPM 2023.

“Sejak akhir-akhir ini Sekolah Menengah Agama semakin mendapat tempat di kalangan para ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah.

“Sekolah Agama antara sekolah menengah terbaik di Malaysia.

“Begitulah yang diharapkan oleh ibu bapa supaya anak mereka berjaya di dunia dan akhirat,” kata Mohd Isam.

Dalam pada itu, Mohd Isam juga meninjau persekitaran sekolah ini, dan terdapat tebing runtuh yang berhampiran debgan sekolah.

“Perkara akan diberi perhatian dan tindakan susulan akan diambil supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini.

“Selain itu, gelanggang sepak takraw telah siap dibina.

“Insya Allah, kita akan tambah lagi kemudahan dari masa ke semasa untuk keselesaan anak-anak di sekolah ini,” kata Mohd Isam.

Mohd Isam berkata demikian di Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali ke-25 dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar SPM 2023 SMA Gemas.

Show More

Related Articles

Back to top button