BeritaMenarik

Negeri Sembilan proaktif galak pelabur mula operasi dengan segera

SEREMBAN: Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian diminta menjaga momentum ekonomi bagi menarik minat pelabur.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, semua ahli majlis diminta agar menjaga prestasi serta momentum pembangunan ekonomi dan menarik minat pelabur dengan ketersediaan infrastruktur dan kepakaran modal insan.

“Ini bagi membolehkan mereka memulakan operasi dengan kadar segera mengikut kesesuaian pelaburan yang dibuat.

“Semoga dengan agenda yang diusulkan pada hari ini dapat dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Negeri Sembilan,” katanya.

Aminuddin berkata demikian di Mesyuarat Jawatankuasa Bertindak Pelaburan dan Perindustrian di Klana Resort, Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button