Takumi Sasaki pertimbang main untuk kelab lain

SEREMBAN: Pemain import Negeri Sembilan FC (NSFC), Takumi Sasaki berkata, dia hanya akan mempertimbangkan bermain untuk kelab lain selepas musim 2025/2026.
“Bermain dalam kejohanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) adalah impian saya namun perkara tersebut hanya akan difikirkan selepas musim depan.
“Fokus saya buat masa ini adalah bermain untuk NSFC dan membantu pasukan NSFC menjadi lebih kuat,” katanya.
Pendedahan Sasaki ini memberi petanda bahawa ada kemungkinan kelab yang akan beraksi di ACLE pada musim hadapan sedang berusaha memancing pemain dari Jepun ini untuk menguatkan pasukan mereka.
Kelab yang akan beraksi di ACLE tidak semestinya daripada Malaysia tetapi boleh jadi pasukan dari liga bola sepak Thailand, Australia, Jepun atau Korea Selatan.