Berita

Tempoh permohonan Rumah Mampu Milik dilanjutkan

LENGGENG: Tempoh permohonan bagi Rumah Mampu Milik Taman Arowana, Lenggang dilanjutkan sehingga 24 Oktober ini.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, pemohon yang sudah berkahwin akan diberikan keutamaan.

“Selain itu, pendapatan isi rumah mereka tidak melebihi RM4,500 sebulan dan menetap di daerah Seremban.

“Dalam masa sama, pemohon dan pasangan juga tidak boleh memiliki rumah dan tanah.

“Sekiranya semua syarat tidak dipatuhi permohonan anda akan ditolak,” kata Arul Kumar.

Permohonan boleh dilakukan di pautan berikut:

https://forms.gle/v2UJUuni5BXGbZz68

Show More

Related Articles

Back to top button