BeritaMenarik

Tengku Zamrah mahu skuad squasy SUKMA pamer prestasi lebih baik

SEREMBAN: Bapa Angkat Kontingen Skuasy Negeri Sembilan untuk temasya Sukan Malaysia (SUKMA), Tengku Zamrah Tengku Sulaiman mahu skuad skuasy Negeri Sembilan mempamerkan prestasi yang lebih baik daripada kejohanan SUKMA sebelumnya.

“Saya telah dilantik sebagai Bapa Angkat Skuad Skuasy untuk SUKMA 2024 yang bakal berlangsung di Sarawak bermula 7 Ogos hingga 24 Ogos 2024.

“Sasaran saya ialah kita mahu mendapat kejayaan dan memperolehi pencapaian kutipan pingat yang lebih baik daripada temasya SUKMA di Kuala Lumpur pada tahun 2022.

“Terima kasih kepada Exco Pembangunan Belia dan Sukan, Mustapha Nagoor di atas kepercayaan dan pemilihan saya sebagai Bapa Angkat Kontingen Skuad Skuasy Negeri Sembilan.

“Semoga dipermudahkan segala urusan pasukan Skuasy Negeri Sembilan di SUKMA 2024 Sarawak nanti,” kata Tengku Zamrah.

Show More

Related Articles

Back to top button