Berita

Tengku Zamrah tinjau situasi banjir di Ampangan

AMPANGAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Dato’ Tengku Zamrah Tengku Sulaiman telah turun padang bagi meninjau situasi banjir yang berlaku di Kampung Ismail dan Kampung Blok A, Ampangan.

Tengku Zamrah berkata, Pusat Khidmat DUN Ampangan akan terus memainkan peranan untuk membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

“Barangan bantuan seperti makanan dan minuman akan diberikan kepada mereka.

“Dalam masa sama, kerja-kerja pembersihan dan bantuan awal giat dijalankan dengan kerjasama pelbagai pihak.

“Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melakukan kerja-kerja pembersihan,” kata Tengku Zamrah.

Hujan lebat berterusan dipercayai menjadi faktor utama kejadian banjir yang berlaku di kawasan tersebut.

Show More

Related Articles

Back to top button