BeritaMenarik

Teo promosi Negeri Sembilan di Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor

KUALA LUMPUR: Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong telah menghadiri Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor di Kuala Lumpur Convention Centre.

“Saya mewakili Kerajaan Negeri telah membentangkan peluang pelaburan di Negeri Sembilan.

“Sebagai Exco Pelaburan, semestinya saya mahu menarik seberapa banyak pelaburan ke Negeri Sembilan.

“Pada masa yang sama, saya juga sempat bertukar pandangan dengan wakil daripada negara ASEAN,” ujar Teo.

Teo berkata, persidangan selama tiga hari ini turut dihadiri oleh delegasi dari Laos, Vietnam, Indonesia, Brunei, Kemboja, Filipina dan Timor Leste.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Dato’ Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Show More

Related Articles

Back to top button