
Teringin hendak bisnes agromakanan sendiri tapi risau kawasan tanah terhad?
Sebenarnya, anda boleh mula bina perniagaan anda di belakang rumah atau di pinggir bandar melalui konsep Urban Farming dengan Sistem Bioflok.
Secara ringkasnya, ia adalah teknologi ‘kitar semula’ yang sangat efisien di mana bakteria akan menukar sisa ternakan kepada sumber protein atau flok untuk dimakan semula oleh ikan.
Memang next level pengurusannya. Kenapa rugi sangat kalau anda tidak teroka bidang akuakultur ini sekarang?
✅Sistem ini membolehkan penternakan ikan dengan kepadatan yang tinggi walaupun dalam ruang yang kecil.
✅Anda boleh jimat kos operasi kerana ia terbukti mampu mengurangkan kos pembelian dedak sehingga 20 – 30 peratus.
✅Terdapat sokongan dari kerajaan, termasuklah tawaran Geran Agropreneur Muda berupa bantuan barangan bernilai sehingga RM20,000.
Untuk makluman, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan ada lebih 80 pengusaha bioflok yang berjaya direkodkan di seluruh negara.
Sektor akuakultur kita pun makin berkembang dan menyumbang kira-kira 30 peratus daripada jumlah pengeluaran perikanan negara.
Pasaran yang luas sudah sedia ada, cuma tunggu anda ambil tindakan sahaja.
Jom mulakan langkah pertama anda hari ini. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat dan latihan di Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Jitra, Kedah yang merupakan pusat rujukan utama sistem bioflok kita.
Atau, layari terus portal rasmi Jabatan Perikanan Malaysia di www.dof.gov.my untuk mula meneroka.
Jangan tunggu lama-lama, peluang keemasan macam ini tak datang selalu. (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan).




