Berita

Tuanku cemar duli berbuka di Kediaman Menteri Besar

SEREMBAN: Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah mencemar duli bagi berbuka puasa di Kediaman Rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, Tuanku turut diiringi Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.

“Aktiviti sebegini dapat mengeratkan lagi hubungan dan persefahaman antara pimpinan Kerajaan Negeri bersama DYMM Tuanku Muhriz.

“Semoga kesefahaman ini dapat diterjemahkan memimpin negeri yang seterusnya membawa kesejahteraan kepada rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button