Tular pelajar dilanggar, Rajasekaren ambil tindakan
SRI TANJUNG: Berikutan satu rakaman tular seorang pelajar sekolah dilanggar oleh kereta ketika melintasi jalan raya berhadapan Sekolah Kebangsaan Port Dickson, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr. G. Rajasekaren telah turun padang bagi melihat tindakan yang boleh diambil.
Rajasekaren berkata, terdapat beberapa cadangan yang diberikan kepada pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memastikan kejadian sama tidak berulang lagi.
“Antaranya adalah pembinaan bonggol jalan, mengalihkan papan tanda awas kanak-kanak melintas ke satu lokasi yang lebih bersesuaian.
“Selain itu, pemasangan ‘road stud’ juga adalah sesuai bagi mengawal kelajuan kenderaan kepada 30 km/j.
“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar memperlahankan kenderaan dan mematuhi lampu isyarat yang telah ditetapkan,” kata Rajasekaren.