Berita

Veerapan prihatin keperluan rakyat Repah

TAMPIN: Keprihatinan terhadap keperluan rakyat perlu diterjemahkan melalui tindakan dan penyelesaian yang nyata bagi memastikan kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam berkata, usaha menyediakan kemudahan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) untuk penduduk sekitar Taman Indah, Taman Bandar Utama, Taman Clonlee, Taman Clonlee 2, Taman Jade Hill dan Taman Tunku Besar telah dibangkitkan dalam Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Tampin pada 26 Januari lalu.

“Usul tersebut dibawa oleh Ahli Majlis Daerah Tampin, Puan S. Yamuna atas nasihat nasihat saya.

“Usaha berterusan tersebut kini berjaya direalisasikan apabila sebuah mesin ATM telah dipasang di premis 7-Eleven, Taman Indah, Tampin bagi kemudahan penduduk setempat.

“Kemudahan ini bukan sahaja memudahkan urusan harian rakyat, malah membantu warga emas, keluarga bekerja, peniaga kecil serta penduduk sekitar mendapatkan akses perbankan dengan lebih mudah tanpa perlu ke pusat bandar.

“Saya juga merakamkan penghargaan kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Tampin serta semua jabatan dan pihak terlibat atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan inisiatif berkenaan.

“Usaha memperkukuh kemudahan awam dan meningkatkan kesejahteraan rakyat akan terus menjadi keutamaan pihaknya,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Veerapan turut turun padang melihat sendiri penempatan mesin ATM tersebut bersama Ahli Majlis Daerah Tampin iaitu Goh Shin Hooi, Pang Fui Ju dan S. Yamuna serta Pegawai Khas merangkap Setiausaha JPKK Kampung Baru Tampin, Chin Kee Sieng.

Show More

Related Articles

Back to top button