Berita
Veerapan sumbang RM3,000 kepada Persatuan ‘Food Bank’Tampin
REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB Veerapan Superamaniam telah menyumbang RM3,000 kepada Persatuan Tabung Makanan (Food Bank) Tampin.
“Sumbangan ini diberikan bagi membantu persatuan ini menjalankan aktiviti kemasyarakatan termasuk Karnival Tahun Baru Cina yang berlangsung dari 1 Februari hingga 24 Februari ini.
“Terdapat pelbagai jenis gerai yang bukan sahaja menjual makanan, malah barangan kelengkapan sempena sambutan Tahun Baru yang bakal tiba.
“Semoga karnival ini dapat dianjurkan setiap tahun kerana sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan pendapatan tambahan, di samping memeriahkan lagi setiap sambutan perayaan Tahun Baru Cina,” kata Veerapan.