Veerapan sumbang RM5,000 kepada Sekolah Menengah Agama Repah

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, Veerapan Superamaniam telah menyumbang sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Sekolah Menengah Agama Repah di Tampin.
Veerapan menyerahkan sumbangan RM5,000 ini semasa merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Agama Repah kali ke-26.
“Sumbangan RM5,000 ini diserahkan kepada PIBG Sekolah Menengah Agama Repah bagi menjalankan aktiviti akademik dan ko-kurikulum sekolah.
“Tahniah dan syabas kepada pihak sekolah atas penganjuran mesyuarat ini.
“Kerjasama di antara pihak sekolah dan ibubapa adalah sangat perlu bagi mengekalkan pencapaian akademik serta sahsiah pelajar,” kata Veerapa.
Dalam pada itu, Veerapan turut menerangkan inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan berkaitan bidang pendidikan termasuk Bantuan Anak Sekolah, Bantuan Anak Negeri, Bantuan IPTA, Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Negeri berserta Anugerah Kecemerlangan Ijazah Kelas Pertama.
Majlis ini turut dihadiri, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Ustaz Jamaluddin Yusoff; Pengetua SMA Repah, Abdul Ghani Ahmad Zaighu; YDP PIBG Sekolah, Mohd Shamsul Abd Rashid dan Pengerusi JPKK Kampung Repah, Zaharudin Johan.