Warga emas aset penting kepada masyarakat: TEO

BAHAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bahau, Teo Kok Seong menyatakan bahawa warga emas merupakan aset penting kepada masyarakat.
Ini kerana segala jasa dan pengorbanan mereka selama ini wajar dihargai dan dikenang.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri Sembilan menghargai mereka melalui Bantuan Warga Emas dengan memberikan sedikit sumbangan yang bermakna agar mereka terus merasai perhatian, sokongan dan kehangatan daripada masyarakat,” kata Teo.
Teo berkata demikian sewaktu menyampaikan Bantuan Warga Emas Negeri Sembilan.
Teo turut tambah, sewaktu proses penyampaian sumbangan tersebut, beliau mengambil kesempatan untuk berbual dan beramah mesra dengan warga emas yang hadir.
“Senyuman yang terukir di wajah mereka serta sapaan penuh mesra benar-benar menggambarkan kehangatan hubungan dalam komuniti,” ujar beliau.



