Berita

YDP Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026

SEREMBAN: Yang di-Pertuan Agong, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan ucapan Selamat Hari Anggota Bomba Sedunia 2026 kepada seluruh warga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Seri Paduka Baginda menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas jasa, pengorbanan serta komitmen tinggi wira merah yang sentiasa bersedia mempertaruhkan nyawa demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara.

“Peranan JBPM amat signifikan dalam berdepan pelbagai situasi kecemasan termasuk kebakaran, bencana alam serta operasi menyelamat yang memerlukan kepakaran dan ketangkasan tinggi.

“Saya amat berbangga dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh seluruh anggota bomba dalam melaksanakan tanggungjawab mereka kepada negara,” titah Baginda.

Dalam masa sama, Seri Paduka Baginda turut mendoakan agar semua pegawai dan anggota bomba sentiasa dilindungi serta dikurniakan keselamatan dalam setiap tugasan yang dilaksanakan.

“Al-Fatihah buat mereka yang telah pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan juga para syuhada,” titah Baginda hari ini.

Hari Anggota Bomba Sedunia disambut pada 4 Mei setiap tahun sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan pengorbanan anggota bomba di seluruh dunia.

Show More

Related Articles

Back to top button