YB Kita

ZIARAH KASIH RAMADAN: Sufian santuni golongan warga emas dan uzur

SERI MENANTI: Pusat Khidmat Rakyat DUN Seri Menanti telah mengadakan program Ziarah Kasih Ramadan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Muhammad Sufian Maradzi beliau telah menziarahi empat individu warga emas di Kampung Talang Ulu.

“Saya telah menyampaikan sumbangan keceriaan warga emas dan bakul makanan dari rumah ke rumah kepada Mohd Sidek Sahlan, Harun Mohd Yusof, Habibah Manap dan Maimon.

“Kesemua mereka tidak dapat hadir ke majlis penyerahan sumbangan baru-baru ini kerana keuzuran.

“Dalam pada itu, saya juga telah menyerahkan sumbangan kewangan dan bakul makanan kepada empat pesakit yang terlantar di Kampung Bukit Lintang iaitu Nur Atikah Mokhtar, Abd Karim Mahat, Khadijah Ma’arof dan Saenah Ibrahim.

“Semoga dengan usaha ini dapat membantu masyarakat di dalam DUN Seri Menanti ini lebih akrab antara satu sama lain.

“Semoga semua penerima sumbangan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT,” kata Muhammad Sufian.

Show More

Related Articles

Back to top button