BeritaMenarik

20 warga emas terima sumbangan kewangan daripada Asna

LENGGENG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lenggeng, Dato’ Mohd Asna Amin menyerahkan Bantuan Aspirasi Warga Emas untuk sejumlah penerima (batch) yang terakhir bagi tahun 2024.

Asna berkata, seramai 20 warga emas dari DUN Lenggeng menerima sumbangan RM200 setiap seorang.

“Sumbangan tahunan secara on-off daripada Kerajaan Negeri ini diharapkan memberi keceriaan kepada penerima.

“Berita baik untuk tahun 2025, permohonan adalah secara automatik untuk individu yang pernah berdaftar pada tahun 2024.

“Kepada individu yang belum daftar, boleh daftar di aplikasi n9.digital,” katanya.

Dalam pada itu, menurut Asna, agihan sumbangan untuk tahun ini adalah mengikut sambutan perayaan agama masing-masing.

“Sumbangan kewangan semasa musim perayaan sudah semestinya sedikit sebanyak membantu warga emas membuat persiapan,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button