Berita
22 NGO terima sumbangan daripada Kerajaan Negeri
SEREMBAN: Sebanyak 22 buah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah menerima sumbangan kewangan daripada Kerajaan Negeri.
Exco Perindustrian dan Hal Ehwal Bukan Islam, Teo Kok Seong berkata, sumbangan yang diberikan melibatkan peruntukkan sebanyak RM129,000.
“Semoga sumbangan yang diberikan ini dapat digunakan sebaik mungkin.
“Saya juga berharap agar ia boleh diterjemahkan dalam bentuk aktiviti yang dapat memberi manfaat kepada rakyat setempat,” kata Teo.