BeritaMenarik

3,000 peserta telah menjayakan Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge

TAMPIN: Program Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge: Road To HSN 2024 telah menarik seramai 3,000 peserta setelah tiga siri program tersebut diadakan pada tahun ini.

Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Mustapha Nagoor berkata, Gunung Tampin adalah destinasi Negeri Sembilan 7even Wonders Challenge: Road To HSN 2024 yang ke-3 selepas Gunung Angsi, Kuala Pilah dan Bukit Melati, Nilai.

“Seramai 3,000 peserta telah menyertai program ini (termasuk 2,000 peserta daripada Jambori Pengakap Kebangsaan) dengan dibantu oleh pihak sekretariat program, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan.

“Penganjuran program ini adalah komitmen Kerajaan Negeri Sembilan dalam melahirkan masyarakat yang sihat dan cergas.

“Ia juga adalah untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih aktif serta membudayakan sukan.

“Terima kasih kepada semua penaja, agensi dan jabatan yang turut menjayakan program ini,” kata Mustapha.

Show More

Related Articles

Back to top button