Berita

Lapan penduduk terima geran hakmilik kekal dari Aminuddin

GEMAS: Seramai lapan pemilik kediaman dari DUN Gemas telah menerima geran bagi pertukaran hakmilik pajakan (leasehold) kepada hakmilik kekal (freehold).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya melaksanakan dasar penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan kepada selama-lamanya bagi tanah-tanah yang berstatus kediaman sekaligus berjaya merealisasikan manisfesto Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan semasa Pilihanraya Umum Kali ke-14.

“Penukaran tempoh pegangan hakmilik ini telah dibuka kepada semua taman perumahan/kawasan perumahan/rumah rakyat yang berstatus pajakan tertakluk kepada hakmilik yang didaftarkan sebelum Pilihanraya Umum ke-14 iaitu sebelum atau pada 8 Mei 2018.

“Para pemilik rumah yang berminat boleh menyemak kaedah, kelayakan serta memohon pertukaran di Pejabat Daerah dan Tanah masing-masing,” kata Aminuddin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button