Berita

AADK, JKM dan MAINS santuni asnaf di Ampangan dan Nilai

SEREMBAN: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Sembilan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Seremban telah menziarahi 15 keluarga asnaf di Ampangan dan Nilai.

15 keluarga asnaf ini menerima bantuan kotak makanan.

Kolaborasi menyantuni pelanggan AADK melalui aktiviti ziarah ini mengeratkan lagi jalinan ukhuwah dan memantapkan kerjasama antara agensi kerajaan dengan masyarakat serta agensi terlibat.

Turut hadir, Ketua Daerah AADK Seremban, Puan Sarimah@Sarizah Sis dan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat Seremban, Puan Azlina Mohd Gorib.

Show More

Related Articles

Back to top button