Menarik

Dewan Terbuka Kampung Putra, yang pertama di Negeri Sembilan

JELEBU: Kampung Putra merupakan Kampung Orang Asli pertama di Negeri Sembilan yang mempunyai sebuah dewan terbuka.

Ahli Parlimen Jelebu, Dato’ Seri Jalaluddin Alias berkata, kemudahan dewan terbuka ini akan membolehkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan Orang Asli Kampung Putra dapat diadakan di sini.

” Tahniah kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Putra kerana dengan rasminya telah menerima sebuah Dewan Terbuka yang tersergam indah.

“Dewan Terbuka ini akan menjadi nadi kepada segala aktiviti dan pusat penyatuan komuniti Orang Asli setempat.

“Daripada 69 buah Kampung Orang Asli di seluruh Negeri Sembilan, Kampung Putra adalah satu-satunya kampung yang ada Dewan Terbuka seumpama ini.

“Semoga keakraban masyarakat Orang Asli di Kampung Putra ini terus kuat, berkat kepimpinan Tok Batin dan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA).

Show More

Related Articles

Back to top button