ECRL simbol kerjasama dan persahabatan Malaysia-China

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, ECRL bukan sekadar projek infrastruktur rel, malah merupakan inisiatif strategik negara serta simbol kerjasama dan persahabatan Malaysia–China, yang diyakini mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab jaringan dan logistik serantau di Asia Tenggara.
“Saya menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC), Song Hailiang bersama delegasi yang merupakan waktu utama bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
“Pertemuan ini menumpukan perbincangan mengenai sokongan CCCC terhadap dasar-dasar Kerajaan, selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13), selain menyentuh kemajuan semasa ECRL serta kepentingan memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual dan memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada industri serta kawasan yang terlibat.
“Seiring kemajuan projek, saya turut menegaskan kepentingan persiapan rapi bagi fasa operasi ECRL oleh semua pihak berkepentingan,” kata Anwar.



