Berita
Empat pusat pemindahan sementara dibuka di Port Dickson
PORT DICKSON: Sebanyak empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Port Dickson.
Pegawai Pusat Khidmat Ahli Parlimen Port Dickson, Encik Muhammad Farid Syakir berkata, tiga daripada PPS tersebut merupakan mangsa banjir.
“Manakala, satu PPS adalah disebabkan kejadian tanah runtuh di Kampung Baru Si Rusa.
“PPS yang menempatkan mangsa banjir adalah di Sungai Raya, Tanjung Agas dan Permatang Pasir.
“Jumlah keluarga yang terjejas belum didapati secara terperinci setakat ini,” kata Farid Syakir.