Berita

Gunasekaren lawat tanah runtuh Taman South East Garden

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah turun padang bagi melawat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman South East Garden, Seremban.

Gunasekaren berkata, kejadian tersebut terjadi adalah kerana hujan lebat berterusan belakangan ini.

“Tanah runtuh ini juga boleh mendatangkan musibah jika tidak diberi perhatian kerana ia berlaku di belakang rumah penduduk di sini.

“Isu ini telah saya sampaikan kepada pihak bertanggungjawab untuk siasatan lanjut,” kata Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button