SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P.Gunasekaren telah menyumbang 30 buah kerusi kepada Persatuan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights (Lot C).
“Sejumlah 30 buah kerusi ini saya sumbang bagi tujuan wakaf yang boleh digunakan oleh waris-waris yang datang menziarahi pusara insan-insan yang telah pergi buat selama-lamanya.
“Saya berharap sumbangan ini sedikit sebanyak membantu para waris dan dimanfaatkan sebaik mungkin,” kata Gunasekaren.
Gunasekaren menyerahkan sumbangan kerusi tersebut kepada dua wakil Persatuan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights (Lot C), Norhayati dan Marinah.
Turut hadir, Ahli Majlis Bandaraya Seremban Jamilah Said Ali, Pegawai Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya, G.Nancy, Jothi dan Ravi.