Berita

Gunasekaren Turun Padang Tinjau Masalah Penduduk

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren telah mengadakan beberapa siri lawatan tapak bagi meninjau masalah setempat melibatkan isu hakisan tanah, kemudahan rekreasi serta kejadian banjir di kawasan sekitar Seremban.

Lawatan pertama telah berlangsung pada jam 12.00 tengah hari di No. 322, Lorong Sri Mawar 6/2B, Taman Sri Mawar selepas menerima aduan berhubung kejadian hakisan tanah daripada penduduk setempat.

Turut hadir ialah Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Puan Jamilah bersama pembantu beliau. YB Gunasekaren memaklumkan isu tersebut telah dipanjangkan kepada pihak MBS untuk tindakan lanjut serta kerja pembaikan segera bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.

Pada jam 1.30 petang, beliau meneruskan lawatan ke Padang Taman Sri Mawar bersama Puan Jamilah dan pasukannya bagi meninjau keadaan padang serta kemudahan sedia ada.

Menurut beliau, padang tersebut akan terus diberi perhatian supaya menjadi ruang rekreasi yang selamat, selesa dan bermanfaat untuk penduduk setempat.

Usaha menaik taraf fasiliti komuniti akan diteruskan bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat.

Sementara itu, YB Gunasekaren turut melawat kawasan Kampung Baru Rahang yang terjejas akibat banjir.

Beliau meninjau keadaan semasa serta mengenal pasti punca berlakunya banjir.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk melaksanakan tindakan susulan bagi mengurangkan risiko kejadian berulang.

Beliau turut menyeru penduduk agar sentiasa berhati-hati, mengutamakan keselamatan keluarga serta segera melaporkan kepada pihak berwajib sekiranya berlaku situasi berbahaya.

Show More

Related Articles

Back to top button