Hati-hati dalam memilih pakej umrah
PORT DICKSON: Mufti Negeri Sembilan, Prof. Madya Dato’ Dr. Faudzinaim Badaruddin menasihatkan orang ramai agar berhati-hati dalam memilih pakej umrah.
Faudzinaim berkata, hal ini kerana akhir-akhir ini terdapat beberapa kes yang menyebabkan jemaah menghadapi kesulitan dan terkandas di tanah suci.
“Oleh itu, kita perlu melihat dengan berhati-hati dalam memilih pakej umrah yang diperlukan.
“Ini supaya mereka tidak merasa tertipu dan akhirnya menyebabkan kerugian kepada diri mereka sendiri.
“Saya juga ingin menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan tawaran pakej umrah yang berleluasa di media sosial.
“Kita perlu kenal pasti dahulu kesahihan pakej yang ditawarkan,” kata Faudzinaim.
Faudzinaim berkata demikian di Majlis Perasmian Barakah Umrah di Lukut.