BeritaMenarik

Jualan Rahmah MADANI dapat sambutan masyarakat Linggi

LINGGI: Jualan Rahmah MADANI anjuran Pusat Khidmat Rakyat DUN Linggi KPDNKK dan MyDIN dapat sambutan masyarakat setempat di Pekan Pasir Panjang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Linggi, YB Dato’ Mohd Faizal Ramli berkata, jualan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban perbelanjaan masyarakat setempat, terutamanya ketika sambutan bulan Ramadhan ini.

“Program tersebut memberikan peluang kepada pembeli untuk membeli pelbagai barang keperluan dengan harga lebih murah berbanding harga pasaran,” ujarnya.

Sementara itu, Pusat Khidmat Rakyat DUN Linggi dengan kerjasama Jabatan Penerangan Port Dickson telah menganjurkan Program JIWA MADANI bersama penduduk Orang Asli di Bukit Kepong, Pasir Panjang.

“Pelbagai aktiviti diadakan termasuk membuka kaunter pendaftaran sistem PADU dan pemeriksaan kesihatan secara percuma,” kata Mohd Faizal yang juga Exco Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital Negeri Sembilan.

Show More

Related Articles

Back to top button