Berita

Kalendar Acara Tahunan Negeri Sembilan dilancarkan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan Kalendar Acara Tahunan (COE) pada tahun ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, sebanyak 86 acara akan akan diadakan pada tahun ini berbanding 51 acara pada tahun lalu.

“Tiga kluster utama sasaran segmen pelancongan adalah pantai, eko-pelancongan serta adat dan warisan.

“Pada tahun ini juga, Kerajaan Negeri mensasarkan pelancong sebanyak 20 juta orang.

“Perkara ini tidak mustahil kerana pada Januari tempoh hari, Port Dickson berjaya menarik 1 juta pelancong.

“Selain itu, terdapat acara baharu yang akan dianjurkan oleh jabatan dan agensi seperti Port Dickson Mega Food Festival 2025, Kayuhan Merdeka Jelajah N9, PD Golf Asean 2025 dan Visit N9 Amazing Race yang bertujuan mempromosi produk pelancongan di negeri ini,” kata Aminuddin.

Kalendar acara ini boleh diakses melalui pautan di bawah:

Kalendar Acara Tahunan Negeri Sembilan

Show More

Related Articles

Back to top button