BeritaMenarikProgram

Karnival Wanita Madani 2024 pada 22 dan 23 Jun ini

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan mengadakan Karnival Wanita Madani 2024 pada 22 dan 23 Jun ini di Dewan Bandaraya Seremban.

Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Sembilan, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim berkata, karnival ini akan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

“Karnival ini merupakan satu bentuk penghargaan kepada kekuatan, keberanian dan kepelbagaian wanita di dalam masyarakat kita khususnya di Negeri Sembilan.

“Ia bukan sekadar melambangkan keupayaan wanita, tetapi ingin memperlihatkan semangat komuniti yang kukuh dan sumbangan golongan wanita kepada pembangunan negara,” jelas Noorzunita.

Noorzunita berkata, Karnival Wanita Madani 2024 mempunyai beberapa tujuan utama yang amat signifikan dalam memajukan peranan wanita di Negeri Sembilan dan Malaysia secara amnya:

1. Meraikan pencapaian Wanita

Karnival ini adalah platform untuk meraikan pencapaian wanita dalam pelbagai bidang, dari perniagaan hingga pendidikan, seni dan sains.

2. Memperkukuhkan persefahaman

Karnival ini memberi peluang kepada wanita untuk berkongsi pengalaman, pengetahuan dan idea, yang seterusnya memperkaya fabrik sosial kita.

3. Memperluas rangkaian professional

Salah satu objektif utama adalah untuk memperluas rangkaian profesional wanita, dengan mempertemukan wanita dari pelbagai bidang, kita dapat menggalakkan kerjasama dan sokongan profesional yang lebih kukuh.

4. Mengukuhkan hubungan sosial

Karnival ini juga bertujuan untuk mengukuhkan hubungan sosial antara wanita.

Melalui aktiviti sosial dan kebudayaan, wanita dapat menjalin hubungan yang lebih erat dan saling memperkaya.

5. Memperjuangkan persamaan dan keadilan

Kami percaya bahawa dengan memperjuangkan persamaan, keadilan dan peluang yang lebih luas bagi wanita, kita dapat membina masyarakat yang lebih inklusif dan dinamik.

6. Menyumbang kepada pembangunan negara

Melalui pelbagai program yang di rancang, kami berharap untuk terus menyumbang kepada pembangunan sosio-ekonomi negara dengan memperkasakan wanita dalam setiap aspek kehidupan.

Show More

Related Articles

Back to top button