YB Kita

Kejohanan Bowling SK Labu Ulu erat silaturahim guru dan ibu bapa

NILAI: Penyelaras DUN Labu, Ahmad Faez Abdul Razak telah merasmikan Kejohanan Bowling PIBG Sekolah Kebangsaan Labu Ulu yang berlangsung di Mesamall, Nilai.

“Program ini dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim antara warga sekolah, guru-guru, serta ibu bapa dalam suasana santai dan harmoni.

“Saya ingin menzahirkan penghargaan kepada pihak sekolah dan PIBG atas penganjuran aktiviti berbentuk riadah ini yang bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat, malah turut memperkukuh semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan komuniti sekolah.

“Tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga program sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membina hubungan erat antara sekolah dan masyarakat setempat,” kata Ahmad Faez.

Show More

Related Articles

Back to top button