Berita

Kerajaan Negeri komited bantu nelayan muda

Kerajaan Negeri komited bantu bantu nelayan muda

LINGGI: Kerajaan Negeri Sembilan komited untuk membantu golongan nelayan muda di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Semblan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, hal ini kerana kebanyakkan nelayan sedia ada di Port Dickson ini sudah lanjut usia dan ada yang uzur.

“Ada antara mereka yang sudah tidak mampu untuk turun ke laut setiap hari.

“Apabila bilangan nelayan muda bertambah, hasil ikan juga akan meningkat.

“Kerajaan Negeri dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan terus komited membantu menjaga kebajikan nelayan.

“Hal ini kerana nelayan juga merupakan pihak berkepentingan dalam memastikan ekosistem makanan negara kita terjaga,’ kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button