Berita

Lima penyokong NSFC ditahan, terlibat insiden rusuhan

SEREMBAN: Lima penyokong Negeri Sembilan Football Club (NSFC) ditahan kerana disyaki terlibat dalam satu insiden rusuhan yang melibatkan penyokong NSFC dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) pada Jumaat lalu.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Mohamad Hatta Che Din berkata, tiga remaja lelaki lingkungan umur 17 hingga 21 tahun ditangkap di tempat kejadian.

“Manakala, dua lagi berumur 18 dan 20 tahun ditahan pada 2 November lalu.

“Pihak polis juga telah mengenal pasti beberapa lagi individu terlibat dalam insiden tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan/427 Kanun Keseksaan kerana melakukan rusuhan di tempat awam dan melakukan khianat.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh salurkan maklumat dengan menghubungi Ibu Pejabat Daerah Seremban di talian 06-6033222,” kata Mohamad Hatta.

Show More

Related Articles

Back to top button