Berita

Malaysia Bangkit Tewaskan Singapura, Raih Emas Bola Jaring Sukan SEA 2025

BANGKOK: Impian pasukan bola jaring negara untuk menyumbang pingat emas kepada kontinjen Malaysia akhirnya tercapai selepas bangkit menewaskan musuh tradisi Singapura 52-49 dalam perlawanan akhir Sukan SEA Thailand 2025 semalam.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Chantana Yingyong, Universiti Chulalongkorn, Pemain Malaysia mempamerkan aksi yang mantap dan berdisiplin meskipun Singapura turun dengan reputasi selaku juara Asia dan Piala Liga Negara-Negara 2025.

Walaupun ketinggalan pada awal permainan, skuad negara menunjukkan semangat juang tinggi apabila mengejar mata demi mata sebelum memastikan kemenangan dalam masa tambahan.

Malaysia meneruskan penguasaan dalam acara bola jaring Sukan SEA apabila merangkul pingat emas ketiga berturut-turut sejak 2017.

Singapura hadir ke temasya dwitahunan edisi ke-33 selaku pasukan pilihan berikutan pencapaian cemerlang di pentas antarabangsa namun keazaman tinggi skuad negara memastikan pingat emas kekal menjadi milik Malaysia.

Show More

Related Articles

Back to top button