YB Kita

Menjelang Aidiladha: Tanda kasih, simbol pengorbanan

JERAM PADANG: Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal menjelang, Pusat Khidmat Rakyat DUN Jeram Padang telah menyerahkan lembu korban kepada setiap kariah masjid terpilih di seluruh kawasan DUN Jeram Padang.

Penyerahan ini telah diamanahkan kepada Pegawai Khas ADUN Jeram Padang, Jaazis Amin dan disambut oleh Ketua UMNO Cawangan di setiap kawasan untuk seterusnya diserahkan kepada pihak kariah.

Senarai penerima lembu korban adalah seperti berikut:

1️⃣Masjid Felda Palong 1 – seekor lembu

2️⃣Masjid Felda Palong 2 – seekor lembu

3️⃣Masjid Pekan Rompin – seekor lembu

4️⃣Masjid Felcra Rompin – seekor lembu

5️⃣Masjid Felda Bukit Rokan Barat – seekor lembu

6️⃣Masjid IOI Bahau – seekor lembu

7️⃣Surau Taman Bahau – seekor lembu

8️⃣Masjid Jamek Pekan Bahau – seekor kambing

Ibadah korban ini merupakan simbol pengorbanan, perpaduan dan kasih sayang sesama umat Islam.

Semoga ia memberi manfaat kepada seluruh kariah dan memperkukuh ikatan ukhuwah di kawasan kita.

Inisiatif ini adalah usaha untuk:

✅️ Memupuk semangat pengorbanan dan kebersamaan,

✅️ Meringankan beban kariah dalam pelaksanaan ibadah korban,

✅️ Menyemarakkan syiar Islam di peringkat akar umbi.

Semoga ibadah korban ini diterima Allah SWT dan menjadi asbab keberkatan untuk seluruh komuniti kita.

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Show More

Related Articles

Back to top button